Friday, May 18, 2012

KERJA DAN TANGGUNGJAWAB

19 MEI 2012

2 tiga bulan ni sibuk sangat....hari hari asyik balik lewat je..balik balik baby dah tidur.mujurlah waktu pagi sempat juga habiskan waktu bersama.Apa nak buat kadang kadang dah nak balik ada lagi customer yang memanggil.Itu bocor sana pecah...aku plak tak sampai hati nak minta depa tunggu sampai esok.buat buat tak mandi plak depa malam tu.

Semalam aku dapat caLL dari penduduk disekitar sg dua.so aku pun pergilah.walaupun hari dan malam..tapi demi kerja itu adalah tanggungjawabku.selain mencari rezeki untuk family dapat juga membantu orang yang memerlukan bantuan .Mungkin kerja ini adalah yang terbaik buatku dengan sikap yang suka membantuku ini (MY WIFE SAID).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.Kadang kadang kita ingat kerja bergaji tinggi , bertali leher, ber aircond sahaja, berumah besar mampu membuat kita gembira dan itu adalah yang terbaik buat kita, tapi Allah tak bagi kerja tu kat kita.Bukan kerana DIA tak sayang kita dan biarkan kita hanya bekerja yang biasa biasa aja...Tapi sebenarnya DIA Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hambanya.Dan mungkin ini yang terbaik buatku dan familyku ...Yang penting BAHAGIA.

berbalik pada kisah malam tadi....
Besar juga masalah mereka....tapi sebagai pekerja maintainance yang dah agak lama dalam bidang ni aku rasa mampu melakukannya...tapi apapun aku baru sekadar melihat dan meletak harga.segalanya terpulang pada tuan rumah sama ada perlukan khidmat aku atau tidak.

Sebagai customer mereka ada hak...iyalah bayangkan kita ditempat mereka, kita mestilah hendakkan harga yang murah dan servis yang terbaik.tapi bagiku setiap harga bagi kerja yang aku lakukan adalah berpatutan dengan kerjaku.apa apa ketidakpuasan selepas kerjaku selesai aku akan cuba perbaiki dengan servis percuma.Untuk pengetahuan aku boleh dikategorikan dalam golongan yang suka perfect dalam melakukan kerja...so setiap kerja yang aku lakukan aku akan pastikan sempurna...dimataku.lain orang lain pandangannya.

Apapun rezeki ditangan Allah.Apa yang penting kita sebagai hambaNYA perlulah rajin berusaha dan ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan.

Bulan depan nak settlekan kabinet dapur mak mertua kat Changkat Jering.Table top dan siap.Tinggal kabinet tak tahu nak pilih apa lagi..kaca atau...Apa pun seronok tengok mak dapat masak kat dapur yang kemas camtu.Mintak mintak raya sempat siap.Wiring pun dah buat baru satu rumah mak.penuh plak satu rumah...he...he...tak payah susah susah pasang extention wayer lagi.

Oh ya sapa sapa nak wat kabinet dapur pun aku leh buatkan dengan mengikut bajet korang.Jangan segan segan tel saya ye...Harga boleh dirunding.

No comments:

Post a Comment